Isnin , 20 April 2014
Tajuk Buku :- Sakinah Mawaddah
Nama Pengarang :- Norfaradina Ab Ghafar
Bil. Muka Surat :- 201
Tahun terbitan :- Tahun 2013
ISNB :-978-967-388-098-0
Sumber :- Perpustakaan Al-Farabi , Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
Kuala Berang , Hu Terengganu
Kisah Penderitaan Dua Adik-beradik
Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan ,Setiap Perpisahan Pasti Ada Hikmah .
Berpisah itu kata manusia punca derita. Kata orang medan sengsara. Namun bagi Sakinah dan Mawaddah, perpisahan mengajar mereka ertikehidupan.
Perpisahan mendidik mereka makna ketabahan untuk menjadi dewasa.
Berkali-kali sepanjang usia mereka perpisahan datang menerpa. Namun jika bukan diri sendiri yang mengheret kaki untuk terus melangkah, lantas siapakah yang harus disandar harapan untuk memimpin tangan mendorong ikhtiar untuk hidup yang seterusnya?
Sakinah dan Mawaddah, dua beradik yang terpisah kerana kerenah manusia. Namun mereka tetap cekalkan hati, terus berjalan mengembara atas dunia. Kerana janji Allah itu pasti.“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan kuperkenankan permintaanmu.”
Mereka percaya doa mereka untuk kembali bertemu akan termakbul jua akhirnya. Kerana Sakinah dan Mawaddah adalah pelengkap kepada sebuah perasaan yang indah.
Sakinah, ketenangan. Mawaddah, kasih sayang.
No comments:
Post a Comment