Tajuk buku :- Gadis Kecil di Pinggir Gaza
NamaPengarang :- Wardina Safiyya Fadlullah
Bil.Muka Surat :- 335
Tahun Terbitan :- Tahun 2012
ISBN :-978-967-408-102-7
Sumber :- Perpustakaan Al-Farabi , Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
Kuala Berang , Hulu Terengganu
''InsyaAllah , you'll find your way ''
-Maher Zain -
Sebuah Novel yg menyayat hati
Kisah Benar ;'[
Sinopsis :
Seorang gadis kecil yang tabah dan sangat kuat . Gadis ini tinggal di Palestin bersama keluarganya . Nama diberi Palestin dan umurnya baru 11 tahun .
Pada usia semuda itu , dia sudah menjalani
kehidupannya sendiri setelah tentera zionis yang dilaknat itu telah mengebomkan
bandar Palestin . Malangnya , ibu dan adik - beradiknya telah terkorban dalam
pengeboman zionis . Ayahnya pula hilang entah kemana dan dikhabarkan sudah
berda di tangan ZIONIS .
Palestin , seorang gadis yang tabah tetap
dengan pendiriannya untuk meneruskan hidup dengan satu matlamat , iaitu mencari
ayahnya yang sudah mendekam di penjara Maskobeyya .
Inilah novel yang merakamkan derita
penduduk Palestin melalui gadis kecil yang bernama Palestin .
Berjayakah Palestin ?
Gadis itu mula menggengam sebongkah batu
kecil yang di tangannya . Dia mengigit bibir tatkala menoleh ke arah Yanaan
yang menghampirinya .
Tatapannya menampakkan rambutnya berjurai
jatuh ke dahi apabila dihembus angin malam .
Palestin berkata kepada Yanaan , "
Jawab pertanyaan saya , adakah batu ini dapat menghancurkan Israel yang
dilaknat itu ? Jawab ! "
Palestin masih ingat dengan kata-kata
ayahnya ,
"Wahai gadisku kecilku palestin andai
tiba masa dan ketikanya nanti kedua - dua bangsa yang bermusuhan ini tiba -
tiba mengajukan pendamaian dan mereka benar - benar berdamai , maka dunia akan
hancur dan akan kiamat sejurus itu "

No comments:
Post a Comment