Kenangan Indah 2013

Kenangan Indah 2013

Friday, 25 April 2014

Dear Yayah 2

Tajuk Buku :-Dear Yayah 2
Nama Pengarang :-Farihah Iskandar
Bil. Muka Surat :-227
Tahun Terbitan :-2009
ISNB :-978-983-3653-33-2
Sumber :-PTS O.N.E

Time heals what reasons cannot 
Sambungan kehidupan remaja dalam dunia cinta monyetnya.

Sinopsis:-

Dear Yayah kembali lagi ! - Tak sabar nak rasmikan diari baru
pemberian Hazaman dalam sesi baru dan cerita baru...

Yayah - diari kesayangan ( tambah sayang lagi 
sebeb diari ni Hazman yang bagi )

Kamal - Best friend lama , sejak kecil...
Hazaman tak pernah tahu cerita pasal Kamal . 
Dia umpama 'dear yayah' yang boleh bercakap .Aku sayang sangat 
pada Kamal sampai Hazman cemburu !

Hazman - Tertekan sebab aku masih nak teruskan 
aktiviti menulis surat macam dulu-dulu walaupun satu sekolah 
dah tahu pasal hubungan kami .

Suria- Masih menjadi roomate yang setia . Masih dengan IK
yang bagi kad yang cute-cute kat Suria . (Tapi aku dah tak cemburu
dah sebab aku dan Hazman pun dah pandai bagi kad juga !)


Dear Yayah

Tajuk Buku :-Dear Yayah
Nama Pengarang :-Farihah Iskandar
Bil. Muka Surat :-144
Tahun Terbitan :-2006
ISNB :-983-3357-44-X
Sumber :- PTS O.N.E


                                                      Even the heart has boundries ....
                                                                
Sebuah kehidupan remaja dalam percintaan monyetnya . 

Sinopsis :-
Alam remaja sememangnyer indah. Tak lengkaplah dunia remaja kalau 
kawan-kawan , surat dan yang paling penting...Diari
(Biasalah Budak Perempuan)

Elemen-elemen penting dalam
hidupku...

Yayah - Diari kesayangan...

Suria -Bestfriend merangkap roomate . Minat kat khairi ( jejaka idaman Malaya
 katanya tapi mamat tu tak tahu pun 
Suria minat kat dia )

Hazman - Bestfriend juga . Selalu bagi surat kat 
aku sebab kawan senyap - senyap .
Malu pula nak cerita....

IK- Mamat misteri yang selalu bagi kad yang cute-cute 
kat Suria . (Jealous betul ) 


Thursday, 24 April 2014

Zahrah de Tigris

Khamis  ,  24 April 2014

Tajuk Buku :-Zahrah de Tigris
Nama Pengarang :-Khairyn Othman
Bil Muka Surat :- 501
Tahun Terbitan :-2010
ISNB :-978-983-43217-7-2
Sumber :- Perpustakaan Al-Farabi , Sekolah Menengah Agama Mahmudiah ,
                Kuala Berang , Hulu Terengganu
   



Zahrah de Tigris ... adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris

Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini , 
memang degil orangnya . Dilarang makin keras , dirayu pula makin tegar .
Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta . Cinta yang paling 
yang paling hakiki .

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak 
peradaban Islam suatu waktu dahulu .
Kota Baghad yang pernah terkena dari masyrik sampai ke magrib itu sedang
berantakan : 
dihamburi mortar dan peluru . Cerita pilu , Kota Negeri Seribu
Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam .

Menjadi guru dan jurubahasa , membuatnya mudah memahami budaya
orang-orang di Lembah Tigris .

Begitu sudah di situ lain pula ujiannya ; dia terpaksa keraskan jiwa , Kuatkan semangat tetapi 
perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua . Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana
Doktor Patrick Devereux , seorang ateis . 

Sakinah Mawaddah

Isnin , 20 April 2014

Tajuk Buku :- Sakinah Mawaddah
Nama Pengarang :- Norfaradina Ab Ghafar
Bil. Muka Surat :- 201
Tahun terbitan :- Tahun 2013
ISNB :-978-967-388-098-0
Sumber :- Perpustakaan Al-Farabi , Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
Kuala Berang , Hu Terengganu
   


Kisah Penderitaan Dua Adik-beradik


Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan ,Setiap Perpisahan Pasti Ada Hikmah .

Berpisah itu kata manusia punca derita. Kata orang medan sengsara. Namun bagi Sakinah dan Mawaddah, perpisahan mengajar mereka ertikehidupan.

 Perpisahan mendidik mereka makna ketabahan untuk menjadi dewasa.

 Berkali-kali sepanjang usia mereka perpisahan datang menerpa. Namun jika bukan diri sendiri yang mengheret kaki untuk terus melangkah, lantas siapakah yang harus disandar harapan untuk memimpin tangan mendorong ikhtiar untuk hidup yang seterusnya?


 Sakinah dan Mawaddah, dua beradik yang terpisah kerana kerenah manusia. Namun mereka tetap cekalkan hati, terus berjalan mengembara atas dunia. Kerana janji Allah itu pasti.“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan kuperkenankan permintaanmu.” 

Mereka percaya doa mereka untuk kembali bertemu akan termakbul jua akhirnya. Kerana Sakinah dan Mawaddah adalah pelengkap kepada sebuah perasaan yang indah. 

Sakinah, ketenangan. Mawaddah, kasih sayang.



Sunday, 20 April 2014

Di Sini Kami Berteduh

                            Rabu , 16 April 2014

Tajuk Buku :- Di Sini Kami Berteduh
Nama Pengarang :-NurulSham Saidin
Bil. Muka Surat :-361 
Tahun Terbitan :-Tahun  2010 
ISNB :-978-967-388-069-0
Sumber :- Perpustakaan Al-Farabi , Sekolah Menengah Agama Mahmudiah ,
                Kuala Berang , Hulu Terengganu . 



                        Allah memberikan jalan kepada hamba-Nya yang mempunyai tujuan .


Sebuah kehidupan sesuai untuk
dijadikan pengajaran .



Sinopsis :


''Hai orang - orang beriman , jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu . ''
(Surah Muhammad 47:7)


Tasnim Jawahir , seorang guru tuisyen , berhajatkan pendidikan agama yang mantap untuk anaknya . Namun suaminya Azam menentang hasratnya menyekolahkan anaknya di sekolah agama yang mundur . Azam memandang sinis usaha isterinya membantu anak - anak sekolah itu dalam akedemik .
Kehidupan keluarga yang mewah , diduga Allah dengan masalah kewangan yang teruk apabila azam
 tersalah langkah .
Berdepan dengan tarbiah daripada Allah , mahukah Azam membuang ego dan menerima bantuan
 isterinya untuk membetulkan kesilapan ?

Cikgu Shamsiah , graduan universiti yang melupakan kepentingan diri demi memajukan

akedemik sekolah , berdepan dengan cabaran besar ekoran keadaan pelajar - pelajar yang amat ketinggalan dan
 masalah peribadinya sendiri . Dia begitu sabar dan tenang , hinggalah kemarahannya meledak pada suatu hari . 





Tuesday, 15 April 2014

Gadis Palestin

            Rabu , 16 April 2014

Tajuk buku :- Gadis Kecil di Pinggir Gaza
NamaPengarang :- Wardina Safiyya Fadlullah
Bil.Muka Surat :-  335
Tahun Terbitan :- Tahun 2012
ISBN :-978-967-408-102-7
Sumber :- Perpustakaan Al-Farabi , Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
                Kuala Berang , Hulu Terengganu

  

''InsyaAllah , you'll find your way ''
 -Maher Zain -
                     


Sebuah Novel yg menyayat hati 
Kisah Benar ;'[

Sinopsis :


Seorang gadis kecil yang tabah dan sangat kuat . Gadis ini tinggal di Palestin bersama keluarganya . Nama diberi Palestin dan umurnya baru 11 tahun . 
Pada usia semuda itu , dia sudah menjalani kehidupannya sendiri setelah tentera zionis yang dilaknat itu telah mengebomkan bandar Palestin . Malangnya , ibu dan adik - beradiknya telah terkorban dalam pengeboman zionis . Ayahnya pula hilang entah kemana dan dikhabarkan sudah berda di tangan ZIONIS .

Palestin , seorang gadis yang tabah tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan hidup dengan satu matlamat , iaitu mencari ayahnya yang sudah mendekam di penjara Maskobeyya . 
Inilah novel yang merakamkan derita penduduk Palestin melalui gadis kecil yang bernama Palestin .
Berjayakah Palestin ?

Gadis itu mula menggengam sebongkah batu kecil yang di tangannya . Dia mengigit bibir tatkala menoleh ke arah Yanaan yang menghampirinya . 
Tatapannya menampakkan rambutnya berjurai jatuh ke dahi apabila dihembus angin malam .


Palestin berkata kepada Yanaan , " Jawab pertanyaan saya , adakah batu ini dapat menghancurkan Israel yang dilaknat itu ? Jawab ! "



Palestin masih ingat dengan kata-kata ayahnya ,
"Wahai gadisku kecilku palestin andai tiba masa dan ketikanya nanti kedua - dua bangsa yang bermusuhan ini tiba - tiba mengajukan pendamaian dan mereka benar - benar berdamai , maka dunia akan hancur dan akan kiamat sejurus itu "